Pihak media dikatakan gagal menghubungi Ketua Pegawai Syarikat Pengurusan sampah bagi mendapatkan penjelasan berikutan tular satu memorandum tentang penyelewengan pemberian tender kutipan sampah di negeri Kedah.
Memorandum yang tular itu mendakwa berlaku salah guna kuasa melibatkan pihak pengurusan tertinggi syarikat pengurusan sampah yang dikaitkan bagi membolehkan syarikat-syarikat baru mendapat kontrak kutipan sampah tanpa kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.
Menurut jurucakap kumpulan kontraktor Bumiputera yang menyediakan memorandum itu berkata, pihaknya telah menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak segera membuat siasatan penuh terhadap penyelewengan pemberian tender kutipan sampah di negeri kedah itu.
Turut disenaraikan dalam memorandum itu adalah syarikat-syarikat yang menerima tender kutipan sampah namun dikenalpasti tidak memiliki aset dan kelengkapan untuk menjalankan kontrak kutipan sampah.