HomeSARAWAKBERITAWaspada sentimen pembangkang - Datuk Fadillah Yusof
randausarawak.net

Waspada sentimen pembangkang – Datuk Fadillah Yusof

Golongan muda tidak harus dikaburi sentimen yang sekadar untuk raih populariti


DIALU-ALUKAN: Fadillah menghidangkan juadah kepada Pandelela (duduk, kanan) dan Bryan (kiri) sambil dibantu oleh isterinya, Datin Ruziah Mohd Tahir. Bintang sukan negara tersebut adalah antara 1,000 tetamu yang hadir ke rumah terbuka di kediamannya.

KUCHING: Pengundi khususnya golongan muda tidak harus membiarkan diri dikaburi sentimen dimainkan pembangkang yang sekadar untuk meraih populariti semata-mata. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof memberitahu, berbeza dengan pembangkang yang sering bercakap lebih tetapi omong kosong, BN sanggup melakukan perkara yang membuahkan hasil serta penting untuk masa depan.

ā€œKami sanggup melakukan sesuatu yang tidak popular tetapi penting untuk masa depan dan inilah perbezaan BN dan pembangkang.

ā€œIni adalah komitmen kerajaan. Justeru, saya berharap rakyat, khususnya golongan muda perlu melihat, menganalisis dan memahami fakta dan bukan sekadar melihat sentimen yang dimainkan,ā€ katanya kepada pemberita pada rumah terbuka sempena Hari Raya di kediamannya, Petra Jaya, di sini, semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata Datuk Fadillah Yusof Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh yang menyelar tindakan lompat parti sementara Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula sebaliknya.

Menurut Fadillah yang juga Ketua Pemuda BN Negeri, kenyataan Karpal itu sekali gus membuktikan pembangkang tidak konsisten tetapi sering menukar falsafah.

Perkara itu turut menunjukkan kelemahan pembangkang kerana untuk menjadi pentadbir, katanya mereka perlu konsisten dalam polisi dan merealisasikannya menerusi inisiatif yang sistematik.

Beliau turut menjadikan Program Transformasi Kerajaan (GTP) sebagai contoh, yang mampu meletakkan Malaysia sebagai negara berdaya saing dan inovatif.

ā€œIni merupakan cara kami untuk maju ke hadapan dan sebab itulah anda dapat melihat

kad skor agar dapat menilai prestasi kami.

ā€œKad skor itu adalah untuk rakyat menilai kami,ā€ katanya.

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

ęƒŠé­‚é¬¼ęœˆ ꗠäŗŗ驾驶č½æč½¦č”—å¤“ä¹±ę’ž

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida