HomeSARAWAKBERITAWilliam Mawan Mahu Pekan, Rumah Panjang Terpencil Dilengkapi Fasiliti Padam Kebakaran
randausarawak.net

William Mawan Mahu Pekan, Rumah Panjang Terpencil Dilengkapi Fasiliti Padam Kebakaran

Photo Ehsan Jau Ajeng Uvang

KANOWIT, 16 Ogos  — Semua pekan terpencil dan rumah panjang yang jauh di pedalaman harus dilengkapi kemudahan memadamkan kebakaran bagi mengelakkan tragedi seperti di pekan Nanga Machan baru-baru ini.


Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak Tan Sri William Mawan berkata kelengkapan itu juga harus diselenggara setiap masa oleh pihak berkaitan bagi memastikan peralatan terbabit sentiasa dalam keadaan baik.

“Saya percaya jika penduduk diberi latihan asas mencukupi, mereka boleh mengendalikan kemudahan memadamkan kebakaran itu dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pekan Nanga Machan, dekat sini.

Pekan kecil itu musnah dalam kebakaran kira-kira 2.40 pagi, 10 Ogos lepas, menyebabkan 60 penduduknya tinggal sehelai sepinggang dengan kerugian RM5 juta selepas 10 unit kedai kopi dan kedai runcit hangus dijilat api.

Mawan berkata reka bentuk rumah panjang yang baru dibina boleh menghalang kebakaran merebak, namun pekan lama seperti Pakan dan Julau yang jauh terpencil masih terdedah kepada bahaya itu.

Beliau seterusnya mencadangkan lebih banyak unit motosikal Jabatan Bomba dan Penyelamat yang boleh bertindak pantas diwujudkan, kerana mereka berupaya memasuki kawasan terpencil dengan cepat berbanding jentera biasa.

Semasa lawatannya itu, Mawan yang juga Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak menyampaikan sumbangan RM20,000 untuk membantu mangsa kebakaran terbabit.

Beliau juga menyumbangkan RM20,000 untuk mangsa kebakaran dari Rumah Panjang Perpetua Lika di Nanga Bejait. Rumah panjang 29 pintu itu musnah dalam kebakaran 26 Julai lepas.

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida