Home SARAWAK BERITA 41 penerbangan antarabangsa, 447 domestik ke Sarawak setiap minggu

41 penerbangan antarabangsa, 447 domestik ke Sarawak setiap minggu

0
41 penerbangan antarabangsa, 447 domestik ke Sarawak setiap minggu

KUCHING  — Jumlah penerbangan mingguan ke Sarawak kini adalah 488, merangkumi 41 penerbangan antarabangsa dan 447 penerbangan domestik, kata Timbalan Menteri Pengangkutan negeri Datuk Dr Jerip Susil.

Beliau berkata antara penerbangan antarabangsa ke Sarawak adalah dari Singapura dan Brunei, manakala penerbangan tempatan adalah dari pelbagai destinasi antaranya Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor.

Dr Jerip berkata sejak pembukaan sempadan antarabangsa Malaysia selepas pandemik COVID-19, kementeriannya bekerjasama erat dengan Kementerian Pengangkutan dan pemain industri pelancongan untuk mengembalikan semula penerbangan ke negeri ini.
“Kementerian juga bekerjasama dengan syarikat-syarikat penerbangan untuk memperluas ketersambungan Sarawak ke Indonesia dan China.

VIDEO berkaitan:

“Dari segi ini, Kuching akan mempunyai ketersambungan secara langsung pertama ke Jakarta bermula 15 Jun tahun ini,” katanya.

Beliau berkata dengan peningkatan kekerapan penerbangan dikendalikan oleh lebih banyak syarikat penerbangan, ia akan mewujudkan persaingan sihat yang akan membawa kepada harga tambang yang lebih murah dan kompetitif.

“Lebih banyak libat urus juga dilakukan untuk meningkatkan kekerapan penerbangan ke Sarawak pada musim perayaan dan cuti sekolah,” katanya menjawab soalan Yap Yau Sin

(GPS-Kota Sentosa) semasa sesi soal jawab di Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here