Thursday, November 28, 2024

5 cedera Pelantar minyak Tukau, Miri milik Petronas Carigali terbakar

DAPATKAN RAWATAN: Tiga daripada mangsa tiba di Hospital Miri untuk menerima rawatan lanjut.

MIRI: Lima pekerja luar pantai cedera selepas Pelantar Minyak Tukau milik Petronas Carigali, terbakar, semalam.

Kenyataan daripada Petronas Carigali Sdn Bhd (Sarawak Operations) lewat petang semalam mengesahkan kejadian itu, yang berlaku pada jam 9.20 pagi semalam.

Kebakaran berlaku pada ‘compressor skid’ di bahagian operasi pada pelantar itu, semasa kerja-kerja penyelenggaraan sedang dilakukan. Kenyataan itu mengesahkan kesemua 16 kakitangan yang bertugas di pelantar itu dipindahkan termasuk lima yang tercedera.

Kelima-lima mangsa yang tercedera, Bernard Christopher, 39, Joseph Brandah Buar, 25, Steven Anyi, 50, Sabri Khan Abdul Ghani Khan, 40 dan Mohd Syahrizal Yusop, 27, telah diterbangkan menggunakan helikopter dari pelantar minyak tersebut terus ke Terminal 2, Lapa-ngan Terbang Miri, sebelum dibawa menggunakan ambulans ke Hospital Miri.

Bernard yang merupakan seorang jurutera mengalami kelecuran tahap dua, 40 peratus yang meletakkan mangsa di Zon Merah, manakala Joseph (enam peratus tahap satu) dan Steven (lapan pe-ratus, tahap dua) di Zon Kuning dan Sabri serta Syahrizat hanya Zon Hijau.

Sumber memberitahu bahawa api berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya pada jam 10.25 pagi semalam.

Sementara itu, Setiausaha Politik Datuk Seri Peter Chin, Datuk Sebastian Ting yang sempat melawat kesemua mangsa di Hospital Miri di sini, petang semalam ketika ditemui pemberita memberitahu, kelima-lima mangsa berada dalam keadaan stabil dan di bawah pemerhatian pihak hospital.

“Doktor memaklumkan kepada saya, seorang berada pada tahap merah iaitu kelecuran serius tahap satu, mana-kala dua lagi pada tahap ku-ning iaitu kelecuran tahap dua dan dua lagi pada tahap hijau iaitu kelecuran tahap tiga,” katanya.

Beliau difahamkan bahawa tiga daripada pekerja yang tercedera ialah kakitangan syarikat kontraktor manakala dua lagi adalah kakitangan Petronas Carigali.

Sehingga petang semalam, dua mangsa yang berada pada tahap hijau telah dibenarkan keluar daripada hospital.

Sementara itu, para nelayan yang menghubungi Utusan Borneo di sini pagi semalam, memberitahu bahawa me-reka ternampak api dari arah pelantar tersebut.

Bagaimanapun mereka tidak berani menghampiri kawasan berkenaan dan hanya mampu melihat dari jauh operasi memadamkan kebakaran yang dilakukan dengan se-gera oleh kakitangan di pelantar berkenaan dengan bantuan kapal pengangkut pekerja yang berlabuh berdekatan pelantar.

Pelantar Minyak Tukau yang hanya terletak 13 batu nautika dari kuala Sungai Miri, merupakan pelantar induk yang menempatkan kuarters penginapan pekerja luar pantai yang bertugas di Pelantar Minyak Tukau dan Pelantar Minyak West Lutong, sebuah pelantar lebih kecil yang terletak tidak jauh darinya.

Pelantar tersebut juga merupakan ‘ibu pejabat’ bagi para pekerja di kedua-dua pelantar Tukau dan West Lutong terbabit.

Ia dilengkapi dengan asrama, ruang makan, bilik mesyuarat, pejabat operasi, pejabat audio video dan sebagainya.

Asramanya pula mampu menempatkan sehingga 60 pekerja pada satu-satu masa.

Bagaimanapun menurut sumber, ketika kejadian, asrama pekerja dan pejabat operasi pelantar tersebut terselamat daripada kebakaran kerana lokasi kebakaran jauh dari asrama pekerja.

Dalam pada itu, orang ramai di Miri turut ‘gempar’ kerana dapat melihat ‘kebakaran’ tersebut dari kawasan tinggi seperti Bukit Kanada.

Malah ada yang datang dengan kamera lensa jauh untuk cuba merakamkan kejadian itu walaupun ia tidak begitu jelas.

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular