Wednesday, November 27, 2024

Waspada sentimen pembangkang – Datuk Fadillah Yusof

Golongan muda tidak harus dikaburi sentimen yang sekadar untuk raih populariti

DIALU-ALUKAN: Fadillah menghidangkan juadah kepada Pandelela (duduk, kanan) dan Bryan (kiri) sambil dibantu oleh isterinya, Datin Ruziah Mohd Tahir. Bintang sukan negara tersebut adalah antara 1,000 tetamu yang hadir ke rumah terbuka di kediamannya.

KUCHING: Pengundi khususnya golongan muda tidak harus membiarkan diri dikaburi sentimen dimainkan pembangkang yang sekadar untuk meraih populariti semata-mata. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof memberitahu, berbeza dengan pembangkang yang sering bercakap lebih tetapi omong kosong, BN sanggup melakukan perkara yang membuahkan hasil serta penting untuk masa depan.

“Kami sanggup melakukan sesuatu yang tidak popular tetapi penting untuk masa depan dan inilah perbezaan BN dan pembangkang.

“Ini adalah komitmen kerajaan. Justeru, saya berharap rakyat, khususnya golongan muda perlu melihat, menganalisis dan memahami fakta dan bukan sekadar melihat sentimen yang dimainkan,” katanya kepada pemberita pada rumah terbuka sempena Hari Raya di kediamannya, Petra Jaya, di sini, semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata Datuk Fadillah Yusof Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh yang menyelar tindakan lompat parti sementara Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula sebaliknya.

Menurut Fadillah yang juga Ketua Pemuda BN Negeri, kenyataan Karpal itu sekali gus membuktikan pembangkang tidak konsisten tetapi sering menukar falsafah.

Perkara itu turut menunjukkan kelemahan pembangkang kerana untuk menjadi pentadbir, katanya mereka perlu konsisten dalam polisi dan merealisasikannya menerusi inisiatif yang sistematik.

Beliau turut menjadikan Program Transformasi Kerajaan (GTP) sebagai contoh, yang mampu meletakkan Malaysia sebagai negara berdaya saing dan inovatif.

“Ini merupakan cara kami untuk maju ke hadapan dan sebab itulah anda dapat melihat

kad skor agar dapat menilai prestasi kami.

“Kad skor itu adalah untuk rakyat menilai kami,” katanya.

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular