Wednesday, November 27, 2024

PRN Sarawak – Pengundi muda faham keperluan seiring BN

Pilihanraya Negeri Sawarak

KUCHING 1 April – Pemuda Barisan Nasional (BN) Pusat yakin kira-kira 300,000 pengundi muda yang berdaftar di Sarawak memahami yang mereka perlu bersama-sama parti itu untuk membangun pada masa depan.

Setiausahanya, Datuk Megat Firdouz Megat Junid berkata, keyakinan itu wujud ekoran kerajaan BN banyak melaksanakan program pembelaan kepada warga muda seperti Skim Rumah Pertamaku, Karnival Kerjaya Pemuda, Biasiswa Pendidikan Pemuda Barisan Nasional (YES) dan pelbagai lagi.

Menurutnya, program seumpama itu mengembalikan semula keyakinan pengundi muda terhadap BN bahkan turut membuktikan pergerakan itu bukan hanya tahu berpolitik, tetapi benar-benar menjalankan kerja untuk menaik taraf golongan muda.

“Alhamdulillah, pengundi muda tidak kira kalangan bumiputera atau bukan bumiputera sudah dekat dengan BN.

“Setelah kita berjumpa dan menerangkan segala perancangan kerajaan termasuk pelaksanaan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (Score), mereka lebih memahami isu itu berbanding apa yang didengar atau dibaca dalam blog pembangkang sebelum ini,” katanya.

Terdahulu, beliau menghadiri mesyuarat bersama Ketua Pergerakan Pemuda BN Sarawak, Datuk Fadillah Yusof di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Jalan Bako, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Megat Firdouz memberitahu, Pemuda BN Pusat akan membantu Pemuda BN negeri terutamanya dari segi persiapan dan penyelarasan untuk berdepan Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10.

Katanya, pergerakan itu juga akan memberi tumpuan di kawasan yang akan ditandingi oleh calon muda memandangkan kira-kira 25 peratus golongan itu akan diketengahkan pada pilihan raya kali ini.

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular