Wednesday, November 27, 2024

Kematian Ellysha Natasha Akibat Jangkitan Dalaman, Bukan Didera

KUCHING: Hasil bedah siasat mendapati kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dari Simunjan yang disyaki didera secara seksual sebenarnya meninggal dunia kerana jangkitan dalaman.

Menurut laporan pakar patologi, tiada kesan koyakan di bahagian kemaluan manakala bekas gigitan pada tangannya didapati dilakukan oleh kanak-kanak lain.

Laporan itu turut menyebut kesan darah yang ditemui pada kemaluan kanak-kanak itu adalah disebabkan mangsa mengalami kencing berdarah.

Tiada kecederaan lain yang mencurigakan ditemui di badannya.

Pakar patologi melaporkan punca kematian itu disebabkan penyebaran coagulopathy intravaskular kerana sepsis.’

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut dan suspek yang juga bapa saudaranya telahpun dibebaskan.

Kanak-kanak perempuan dari Kampung Sageng, Simunjan, tinggal bersama dengan ibu saudaranya yang juga seorang guru kerana ibunya bekerja di Serian, 65km dari sini.

Pada pukul 7 malam Khamis lalu, ibu saudaranya membawa kanak-kanak itu ke Hospital Simunjan selepas mendapati dia tidak sihat.

Kira-kira sejam kemudian, ibu saudaranya terkejut apabila dimaklumkan oleh doktor bahawa kanak-kanak itu sudah meninggal dunia.

Berikutan itu, polis menahan lelaki berusia 46 tahun yang bekerja sebagai pembantu am sekolah.

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular