Wednesday, November 27, 2024

PRN Sarawak – Belum Bertanding, Sudah Bergaduh

 

Pilihanraya Negeri Sawarak

“Belum bertanding sudah bergaduh. Macam mana mahu jadi wakil rakyat kami?”

Itu yang dipersoalkan pengundi di Sarawak, khususnya kaum Cina.

Malah, ada yang sudah bosan dengan pertelagahan agihan kerusi di kalangan parti pembangkang.

Chou Chii Ming, Presiden Gabungan Persatuan Cina Kuching & Samarahan: “Pembangkang mahu kuasa, tetapi persoalannya, adakah mereka benar-benar dapat mewakili rakyat dan memahami apa yang kami mahu? Rakyat mahu kehidupan yang stabil, jadi pembangkang perlu tanya apa yang boleh anda buat untuk rakyat, tetapi sekarang, mereka bersaing untuk jawatan. Jadi rakyat berkata, sebelum anda berkhidmat untuk saya, anda mahu berkhidmat untuk diri, anda (pembangkang) tidak boleh menyelesaikan masalah sendiri, jadi macam mana mahu memberi khidmat kepada kami?”

Ketika ini, belum ada kesepakatan dicapai pakatan pembangkang berhubung pembahagian kerusi.

Hinggakan wujud tuntutan bertindih dalam 71 kerusi DUN di Sarawak.

Daripada lebih 9 ratus ribu pengundi di Sarawak, kira-kira 25 peratus kaum Cina.

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular