Thursday, November 28, 2024

Konvoi ke majlis perkahwinan berakhir tragedi

SARIKEI: Hasrat seorang anggota polis yang bertugas di Balai Polis Sibu Jaya berkunjung ke Kuching bersama beberapa ahli keluarganya untuk menghadiri majlis perkahwinan bertukar tragedi, semalam.

Ia berikutan kereta jenis Proton Saga yang dipandu oleh Koperal Samsuddin Sambang, 40-an, terbabit kemalangan apabila bertembung dengan sebuah kereta Toyota Land Cruiser Mark II yang datang dari arah bertentangan.

Kemalangan itu mengorbankan Samsuddin dan adir iparnya, Rose Isau, 30-an, yang duduk di tempat duduk di belakang pemandu.

Kedua- duanya maut di tempat kejadian.

Tiga lagi mangsa iaitu isteri dan anak Samsuddin serta anak kepada Rose mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Sarikei.

Kejadian dipercayai berlaku pada jam sekitar 12.30 tengah hari semalam, di ‘Selekoh Maut’ di kawasan Taman Rimba Sebangkoi, kira-kira 24 kilometer dari bandar Sarikei.

Menurut saudara mangsa yang ditemui pemberita di lokasi kejadian, keluarga terbabit sedang dalam perjalanan dari Sibu ke Kuching.

“Terdapat lima buah kenderaan kami yang berkonvoi ke Kuching untuk menghadiri majlis perkahwinan ahli keluarga kami di sana.

“Namun, kami tidak menyangka tujuan kami untuk meraikan satu majlis yang gembira dan bermakna ini bertukar menjadi satu kenangan yang terburuk dan berakhir dengan tragedi yang tidak disangka,” ujarnya.

Sementara itu, pemandu kereta Toyota yang sedang dalam perjalanan dari Lubok Antu ke Sibu, hanya mengalami kecederaan ringan.

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular