Thursday, November 28, 2024

Bot Bakun Mas Karam: Mayat pertama ditemui

 

Orang ramai berkumpul di tebing sungai melihat bot ekspres 'Kawan Mas' yang karam di Sungai Rajang berhampiran Belaga
Orang ramai berkumpul di tebing sungai melihat bot ekspres ‘Kawan Mas’ yang karam di Sungai Rajang berhampiran Belaga

KAPIT: Penduduk rumah panjang di Rh Tevok menemui mayat Tujok Lah, 44, tidak jauh dari tempat bot ekspres yang dinaikinya karam kira-kira pukul 7 pagi Khamis.

Tujok, kaum Orang Ulu dari Rh Sking, Ng Merit dekat sini antara 14 mangsa yang dilaporkan hilang dalam tragedi bot karam setelah terlanggar batu.

Mayat Tujok Anak Lah, 44 tahun, dijumpai penduduk kampung dekat Wong Tukuk, kira-kira 30 minit dari lokasi nahas.

Mayat ditemui 20 penduduk kampung kira kira pukul 7 pagi tadi, setengah jam selepas mereka memulakan operasi mencari.

Mayat berkenaan tiba di jeti Belaga lebih kurang jam 9:50 pagi tadi dan dibawa ke Klinik Kesihatan Belaga untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Belaga Bakar Sebau berkata, mayat tersebut akan dihantar ke rumah mayat di Hospital Belaga.

Bot-Karam-Belaga-Sarawak-1-mayat-ditemuiSementara itu, abang ipar mangsa, Philip Durin yang bersama dengannya ketika kejadian memaklumkan mereka menaiki bot berkenaan untuk pulang bergawai di rumah panjang Sking Nanga Merit, Kapit.

Mangsa baru tiga bulan bekerja dengan sebuah syarikat pembalakan di Bakun.

Mendiang meninggalkan balu, Lili Durin, 38 tahun bersama enam orang anak berusia antara 6 hingga 18 tahun

Operasi mencari diteruskan dalam keadaan paras air yang semakin meningkat beberapa meter selepas hujan dan pelepasan air dari alur limpah empangan Bakun.

Paras air dijangka memudahkan kerja mengangkat bot ekspres yang terbalik itu.

Sebuah tongkang yang dipasang dengan kren akan cuba mengangkat bot tersebut pada lewat Khamis.

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular