Wednesday, November 27, 2024

Pen Pistol Dipercayai Bunuh Seorang Pemandu Van

wpid-ball-pen-gun-bintulu2.jpg

BINTULU: Polis percaya kematian seorang lelaki pada Ahad berpunca daripada ‘pen maut’.

Bagaimana pun polis masih buntu kemunculan pistol kecil yang direka berbentuk sebatang pen ditemui bersama mayat seorang pemandu van di hadapan sebuah pasar raya.

Polis Bintulu akan meminta bantuan daripada pakar patologi, balistik serta ahli kimia bagi membantu siasatan berkenaan dengan pen pistol ini yang berbunyi seperti alat penggera.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Supritendan  Abdul Razak Mohamad berkata mereka belum temui sebarang petunjuk berkaitan dengan senjata yang ada pada mangsa.

Menurut saksi, lelaki berusia 40-an itu meletak vannya dan berjalan-jalan di sekitar kawasan itu, yang kebiasaannya dia sedang menunggu penumpang. Namun selepas itu dia dilihat rebah dan meninggal dunia.

“Sebelum itu saksi ada mendengar letupan kecil seperti bunyi bunga api,” katanya.

Tambah Abdul Razak, mangsa memegang barang kecil panjang yang menyerupai seperti rokok elektronik.

“Rata-rata menganggap dia menghisap rokok elektronik sebelum peralatan itu meletup dan membunuhnya,” katanya.

Namun selepas membuat pemeriksaan, polis menyedari ia sebenarnya bukan rokok elektronik, tetapi merupakan pen pistol seperti mana yang dilihat dalam filem James Bond.

Gambar hiasan -  pistol pen
Gambar hiasan – pistol pen

“Kami juga turut menemui satu plastik peluru kecil,” jelasnya.

Katanya, mangsa mengalami kesan terbakar di bahagian dada yang kemungkinan berpunca daripada letupan pen pistol itu.

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular