HomeSARAWAKBERITA Sarawak perlu kekal aspek perpaduan walau beza kaum, agama - Abang...
randausarawak.net

[VIDEO] Sarawak perlu kekal aspek perpaduan walau beza kaum, agama – Abang Jo

“Inilah yang perlu kita jaga bersama dan pentingnya kita memahami agama dengan saluran yang betul dan tepat

KUCHING — Sarawak perlu terus mengekalkan dan mengutamakan aspek perpaduan serta keharmonian kaum dalam beragama tanpa mengetepikan kesucian Islam, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.


Beliau berkata perpecahan akibat isu perkauman hanya merugikan Sarawak yang akan menjangkau usia 60 tahun kemerdekaan pada 22 Julai ini.

“Ia (perpaduan) merupakan asas yang sangat perlu untuk sesebuah masyarakat bergerak maju ke hadapan. Setelah 60 tahun merdeka, kini Sarawak sangat berpotensi menjadi negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Seminar Antarabangsa Imam As-Syafi’i di Pusat Konvensyen Borneo Kuching anjuran Jabatan Mufti Sarawak, di sini hari ini.

Abang Johari berkata meskipun ada kalanya rakyat Sarawak yang terdiri daripada berlainan bangsa dan agama mempunyai perbezaan pendapat, perkara itu tidak pernah mengakibatkan konflik besar.

“Inilah yang perlu kita jaga bersama dan pentingnya kita memahami agama dengan saluran yang betul dan tepat,” katanya.

Seminar bertemakan ‘Kelestarian Fiqh As-Syafi’i Dalam Memacu Kemakmuran Ummah’ menghimpunkan kira-kira 1,300 peserta dari Malaysia, Brunei, Indonesia, Jordan dan Yaman.

Terkini / Latest

BERITA

Perahu karam, warga emas ditemukan lemas di Tatau

Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal

Boling Piala Dunia: pasukan lelaki negara rangkul emas

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida