SIBU: Tabiat buruk seorang remaja lelaki suka menyelinap masuk dan tidur dengan hanya berseluar dalam di ruang bilik orang lain memaksa jiran sebelah membuat laporan polis di sini semalam.
Kejadian itu berlaku di sebuah rumah panjang di Rantau Panjang lewat petang semalam apabila suspek, 18, memasuki bilik jiran sebelah dan terus tidur dengan memakai seluar dalam tanpa memperdulikan sesiapa.
Tindakan lelaki tersebut menakutkan anak-anak gadis jiran terbabit kerana bimbang sesuatu tidak diingin berlaku kepada mereka.
Melihat keadaan tersebut, anak-anak gadis berkenaan terus memaklumkan perkara tersebut kepada nenek lelaki untuk menghalaunya keluar dari situ.
Insiden itu merupakan kali kedua remaja lelaki berkenaan berbuat sedemikian.
Pengadu percaya lelaki tersebut berkelakuan sedemikian apabila berada dalam keadaan khayal atau sebaliknya.
Kes tersebut dilaporkan di Balai Polis Sentral pagi semalam.