Wednesday, November 27, 2024

Kemarau Di Sarawak – Penduduk Terpaksa Guna Air Sungai

Sejak dua bulan lalu, beberapa daerah di Sarawak dilapor mengalami kemarau teruk.

Ekoran itu beberapa penempatan penduduk terputus bekalan air paip hingga memaksa menggunakan air sungai untuk kegunaan harian.

Antara yang terjejas, 600 penduduk Kampung Semadang dekat Padawan.

Mereka hanya bergantung kepada air sungai selepas tangki takungan sistem graviti, kekeringan sejak dua bulan lalu.

Sama ada untuk mandi mahupun mencuci pakaian.

JELAY NUDIN / PENDUDUK KG.SEMADANG.
Bulan enam sampai bulan tok dah bulan lapan, kadang air ini juga, kadang ada orang punya air pergi ambil.

Terpaksa menggunakan air sungai

JIMAI SALIM / PENDUDUK KG.SEMADANG.
Kemarau kali ini teruk sekali sebab orang kampung susah  dapat air, kami dapat air dari kampung denuh hujung tapi sekarang hujan lama sudah tidak hujan air dalam tangki pun kering juga terpaksa orang kampung angkat air dari sungai.

Menurut penduduk, mereka sudah meminta bantuan Jabatan Kerja Raya untuk bekalan air bersih, namun masih tiada bantuan diterima.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Sarawak memaklumkan, kemarau dijangka berlarutan hingga bulan depan.

Cuaca panas dengan suhu mencecah 35 darjah celcius juga diramalkan berterusan sehingga hujung minggu ini.

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular